Rabu, 6 Julai 2011

DOMOKUN

Ni domokun yang fiza buat..




Ni Domokun yang aku buat..domokun ni gemuk sikit macam aku gak..




Selasa, 5 Julai 2011

APC 2011-2010










Perasan tak tiga2 gambar atas aku same macam dinding..heehehh






Pastu aku tukar lar posisi...supaya korang leh la nampak aku yg same wane dgn dinding ni..heehheheeh





Rabu, 29 Jun 2011

Transformer 3 - Dark Of The Moon

Semalam aku tengok wayang kat The Mines, Seri Kembangan...dengan En. Shahir(sbb dia yg beriya2 tgk smpi beli tiket 1minggu awal), Sarah, Kak Sanisah dan aku..heeehhee..smpi sane on time sbb tunggu cik sarah dengan keta wiranya sampai.. pastu terus cari kak sanisah sebelum masuk wayang 3...dapat lak sit tepi..huh...nak teleng gak kepala aku dibuatnyer...

Mula-mula start cite agak menarik..dah mula teruja sebab tengok dengan robot kecik ntah per name dia tp ade 2 watak..comel jer...pastu aku dah start skit leher dengan badan...rupanyer en shahir pun same gak..sbb kiteowang ni agak tinggi skit dari kak sanisah dengan sarah..jadi tinggi kerusi tu tak baper sesuai utk kiteowang ni selesa menonton wayang tu...masuk jam ke2 ...aku duk pusing kiri..pusing kanan..pusing kiri...pusing kanan..pusing kiri blik...pusing kanan blik..huh...





Akhirnya kuar gak Optimus Prime dengan penuh bergaya..berjaya mengalahkan Sentinel dan Megatron dengan hanya sebelah tangan sahaje...terer tu.. Best gak biler tengok manusia juga berusaha untuk menyelamatkan bandar Chicago dan bumi..dari angkara Sentinel dan Megatron...







Isnin, 13 Jun 2011

Projek selepas bertunang ;-)

Ini design yang pertama...utk aku dan dia..q;-)










Ini domukun..fizah yang buat..cute kan?






Ini patrick..doa kesorangan sbab sponge bob pegi bercuti tanpa mngajaknya..
sian kan..









Donut dan love..sesuai ker..mcm terlalu manis tak?











Ini antara felt yang telah siap dihasilkan..yang butterfly tu order dr arnie..utk anak nyer aqila..






Bertukar design dari klip rambut ke pencil case.. Pencil case ni alisha yang punyer..






Kelip rambut roda impian..hehehe..









Ulat : Antara epal atau donut..nk pilih mane satu yer..dua-dua sedap..nyum..nyum..
Aku : Ko pilih sajer epal..kan lebih berkhasiat...







Lima kuntum bunga..nk ku hadiah kepadamu..laaa..laaaa







Rabu, 8 Jun 2011

HARI PERTUNANGAN

Alhamdulillah... aku dah selamat bertunang dengan jejaka segamat ni pada 1 May 2011 (ari cuti berkerja baru-baru ni)... ramai gak yang hadir, sedara-mara jer datang dah macam majlis kahwin nanti bila majlis sebenar macam ner pulak yer... nerbes-nerbes je rasenyer...




Rase lain sebab slalu nyer aku yang g majlis orang lain.. kali ini giliran aku plak...tp aku hepi sesangat...mase ni aku yang make up sendiri...haha.. testing2..one..two..three... begini la hasilnya... mujur kak suzie(kak ipar aku) sudi membantu meletakan bulu mate yang payah nak pakai ni.. fuh...berjaya juga akhirnya.. o.k lor...ramai yang puji..harap-harap smua suke...time kasih kt Syaz(PA kt opis ni)sudi mengajar dan memberi tips camner nak make up...tanqiu..banyak2 syaz..jia you..

Pas ni.. nk wat persediaan utk majlis kahwin pulak... macam-macam ade dalam fikiran ni.. nak wat ni lah..nak wat tu lar..nak wat sendiri lah(harap2 sempat & mampu).. harap2 segala-galanya berjalan lancar...amin...

Isnin, 8 November 2010

10 PETANDA YANG MENUNJUKKAN DIA ADALAH JODOH KITA

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada Kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia Memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?


By[pakbelang]

Rabu, 22 September 2010

CINTA & SUKA

Di hadapan orang yang kita CINTA, hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita SUKA, hati kita akan gembira...

Di depan orang yang kita CINTA, musim sentiasa berbunga-bunga...
Tapi di depan orang yang kita SUKA, musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita CINTA, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita SUKA, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita CINTA, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita SUKA, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita CINTA, kita menjadi malu...
Tapi di depan orang yang kita SUKA, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita CINTA...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita SUKA...

Bila orang yang kita CINTA menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita SUKA menangis, kita akan turut membuat dia
gembira...

Perasaan CINTA bermula dari mata,
Perasaan SUKA bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita SUKA,
umpama kita membuang telinga kita...
Tapi jika kita cuba menutup mata, CINTA berbuah menjadi airmata....

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda CINTA.
Tetapi, hakikatnya....
CINTA kepada Allah SubhanAllah Wa Taala adalah lebih hakiki dan abadi

CINTA ibarat sebuah rumah tak perlu cantik, tak perlu mewah yg penting
kita bahagia di dalamnya..
cintakan bunga, bunga akan layu
cintakan manusia, manusia akan mati
cintakan Allah ,akan kekal selamanya.........

copyright :Norhafizah Binti Zubir